Sunday, April 24, 2011

manusia memang tidak sempurna


assalamualaikum , sahabt sahbatku ? apa khabar semua ? dan apa khabar iman kalian ? sudah dimantapkan atau belum ? sudahkah kalian semua bermuhasabah diri ? kalau belum , ayuh muhasabah diri bersama sama . sebagai manusia , kita sering dianugerahi pelbagai perasaan . marah , sedih , gembira , cinta , suka semua itu dikategorikan sebagai perasaan yang kadang kadang kita tidak boleh hindarkan . insyaAllah untuk entri kali ini saibah akan kongsikan perasaan yang paling tak boleh dihindarkan oleh remaja seperti saibah dan rakan rakan . saibah ni bukan baik sangat tapi dalam masa yang sama mungkin ada di antara segelintir pembaca mengalami nasib yang sama dengan saibah . saibah ada menyimpan perasaan terhadap seseorang . tipulah kalau saibah kata tak pernah jatuh hati dengan seseorang . tapi percayalah saibah tak pernah beritahu dia yang saibah suka atau minat dengan dia . maaf kalau istilah cinta agak keterlaluan bagi saibah kerana cinta itu seharusnya didahulukan untuk Allah dan bagi saibah kalimah cinta itu sendiri hanya layak diberi kepada suami . bagi saibah , biarlah Allah yang menentukannya . jodoh pertemuan di tangan tuhan . kalau ada jodoh nak buat macammana . terimalah dengan hati yang terbuka dan dada yang lapang . kata orang tua tua , jodoh kebiasaannya ada di sekeliling kita sahaja . asalkan berusaha sedikit , pasti berjumpa . kadang kadang manusia ada juga timbul perasaan ingin cantik dan comel . pakai pencuci muka dalam 10 jenis pencuci muka , makeup tebal tebal mengalahkan hantu . biasalah manusia mahukan kesempurnaan . namun sepatutnya kita bersyukur kepada Allah kerana Allah menjadikan kita sempurna sifat . ada mata , mulut hidung yang sempurna . kadang kadang saibah pun tertanya tanya " kenapa Allah buat mata aku sedikit sepet , hidung aku terlalu tidak mancung , bibir yang sedikit tebal namun alhamdulillah mata cukup , hidung ada , bibir , gigi ada " . so apa lagi tak puas hati ? mungkin kita bukan cantik fizikal tapi kalau cantik perangai , mesti ramai yang senang berkawn dengan kita . mungkin Allah tak membuatkan anda cantik dari segi fizikal tapi mungkin Dia membuatkan anda mempunyai kelebihan yang mungkin tiada pada orang lain . Maklumlah manusia ada kelebihan dan kekurangan masing masing . Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui . sekian sahaja , saibah menulis di sini . sebarang kongsian atau pendapat dapat komen kan di bawah ni .

p/s : Alhamdulillah mampu mebuat entri yang baru pula . manusia memang tidak sempurna . nobody perfect . tapi Allah telah membuatkan kita menjadi seorang yang sempurna apabila mengabdikan diri hanya kepadaNYA :) .


No comments: