walaupun berat untuk menerima berita itu , tapi aku tetap redha kerana dia adalah hamba Allah sama seperti aku . dia itu adalah bapa saudara aku (pok ngoh) yang aku anggap macam atuk aku . dia selalu bergurau senda , bertepuk tampar dengan aku . namun sekarang , takkan ada lagi dia :'( . apa yang pasti , aku amat menyesali kerana sebelum pemergian dia , aku tak sempat nak bermesra dengan dia seperti sebelum sebelum ini :( . pada pagi jumaat yang lepas , kire kire pukul 5.30 pagi ada seseorang menelefon mak aku . bile diangkat , rupanya pak su aku britau yang pok ngoh kembali ke rahmatullah .aku yang tengah tidur nyenyak tiba tiba terkejut lantas menangis . tidak mungkin la dia pergi secepat ini . baru dua minggu lepas dulu , aku menghadiri majlis pernikahan anaknya , kak nirah . then , paling sebak bilamana pak sedara aku yang merangkap jiran aku (pok yong) pergi ambil atok aku di surau untuk memberitahu berita yang pasti mengejutkan ini . pabila pulang ke rumah , atok aku sembahyang subuh dengan pok yong , then pok yong terus beritahu pasal berita ini . lantas airmataku berguguran . begitu juga dengan yang di sekeliling aku saat itu . then kami terus decide nak pergi muar sebab jenazah akan disemadikan selepas asar . dalam perjalanan ke sana , pok su memecut kereta dengan lajunya untuk segera sampai ke sana . dan dalam perjalanan itu juga , aku terus terusan menangis sambil mendengar lagu lagu yang menyayat hati . dalam hatiku berkata adakah ini hanya sebuah mimpi ? berat hatiku untuk meneruskan perjalanan yang membabitkan 4 jam ini . ssetibanya di bandar sg mati,muar , hatiku makin berdenyut pantas . Ya Allah , katakan yang ini hanya mimpi . setibanya di perkarangan rumah pokngoh , aku lihat ramai pok sedara aku dengan sepupu sedang duduk di halaman rumah . Ya Allah , adakah ini realiti ? setibanya di dalam rumah , ku lihat mayat terbujur kaku . ketika itu aku merasakan ini benar benar sebuah mimpi . namun akhirnya ku sedar ini sebuah realiti . kemudian ,mayat itu selamat jenazah disemadikan di dalam kubur . malam itu , keluarga aku mengadakan perjumpaan selepas tahlil . kami berbincang pasal mesej yang arwah hantar selepas kami menghadiri majlis persandingan kak nirah . dan yang begitu terkesan sekali adalah "MOGA UKHWAH KITA BERKEKALAN" . dan malam itu , aku dapat lihat , ukhwah kami sekeluarga bertaut kembali . terima kasih ya Allah . pemergiannya memang mengajar kami erti kasih sayang dan erti ukhwah sebuah keluarga . dan kami takkan sesekali lupakan arwah pok ngoh yang begitu baik sekali . sebenarnya sebelum dia pergi , dia telah tinggalkan tanda tanda yang kengkadang kami sendiri tidak dapat mengagak semasa itu .
- ramai ahli keluarga aku tidak dapat tidur dengan nyenyak dua tiga hri sebelum pemergian arwah pok ngoh
- mak aku termimpikan arwah tok chik
- dia selalu meninggalkan pesanan(amanat terakhir) dua tiga hari sebelum hari dia meninggal namun tiada sesiapa ahli keluarganya yang mengerti maksud pesanan itu
- dan yang paling ketara , ketika majlis pernikahan kak nirah , he cry . mok ngoh macam shock jugak sebab kahwin kak jannah sebelum ini , dia tidak menangis . kak nirah adalah anak bongsu perempuan sebab dia mempunyai 2 orang adik lelaki and kirenya last time dye jadi wali for his daughter . and ketika persandingan , he became quiet suddenly . tak sepertimana sebelum ini , dia adalah seorang yang kuat menyakat dengan anak sedaranya . mok ngoh britau kami selepas majlis itu , dia bersenang hati kerna semua keluarga kami berkumpul dan sahabat2 dan jiran2 dye yg lebih 6 tahun tak terjumpa , sume datang time tu .
- dan yang paling kami tak sangka , raya tahun lepas , dia memakai baju jubah putih . mok ngoh kata pok ngoh tetap nak pakai jubah putih even sume ahli keluarga dia pakai kelabu . tapi kami memang tak endahkan kerana bagi kami , dye tetap akan bersama kami untuk tahun ini :'( .
i miss him so much . ya Allah , KAU cucurilah rahmat ke atas roh arwah pok ngoh . semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman :') . selalunya , if aku dpt result pmr or spm , dia yang paling bersemangat untuk tahu keputusan aku . namun this year , if i get excellent result , i can't show to him :'( .
No comments:
Post a Comment