Friday, May 6, 2011

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA



assalamualaikum , apa khabar sahabat sahabt sekalian ? dan apa khabar iman iman sahabat sahabat sekalian . first of all , alhamdulillah tidak sia sia usaha saibah belajar bertahun tahun berbulan bulan akhirnya satu kata putus dari kementerian pengajian tinggi membuatkan saibah gembira yang teramat sangat . Alhamdulillah ini adalah kebahagian yang paling indah pernah dikecapi saibah . tentunya kejayaan ini saibah mahu kongsikan dengan ibu bapa , keluarga , sahabat sahbat dan rakan sekalian . namun satu je yang saibah sedih , pok ngoh tidak dapat melihat ku belajar di menara gading . dan ini adalah spesial untukmu pok ngoh . walau tiada kamu di dunia ini , saibah mohon kepada tuhan agar dia senantiasa di bawah peliharaan yang Maha Esa di sana . alhamdulillah , semangat saibah tidak akan pernah pudar dan malap dan saibah akan terus memperjuangkannya demi umat islam sejagat khususnya di bumi malaysia yang tercinta ini . InsyaAllah saibah akan menjadi peguam dan membela nasib nasib rakyat yang tertindas , insyaAllah . semangat sahabat sahabat sekalian trus saya pinta :).





terima kasih yang mengucapkan tahniah kepada saibah dalam facebook atau mesej atau secara berdepan depangan . sesungguhnya kata kata nasihat sahabat sahabat sekalian akan saya pegang untuk terus berjuang di alam menara gading , InsyaAllah .

















bukan niat saibah ingin menunjuk nunjuk tapi salah ke kita berkongsi kegembiraan ? erm , saibah ada mengetahui yang kemasukan upu tahun ni macam banyak menghairankan orang la . seriously ada yang tanya 'kenapa budak yang dapat 1A 2A 3A boleh dapat u? yang dapat 6A keatas ada segelintir yang dapat?' . anyway , sebenarnya rezeki tu tuhan tentukan . kita ni just cari rezeki bukan menetapkan rezeki . kalau kita yang cari dan tetapkan rezeki itu , takyah dah sibuk sibuk berhempas pulas mencari rezeki , tetapkan je rezeki tu kat dalam hidup kita . sebagai contoh , petani takyah dah susah payah bercucuk tanam . petani tu tetapkan je yang dia dapat gaji sebanyak RM4,000 sebulan . pergh , payah nak jumpa macam tu . almostly , kita as manusia cari rezeki je tapi bukan tetapkan rezeki atau bagi rezeki kat orang lain . anyway , kalau dah korang tak dapat rezeki tu , still cari rezeki lain . Allah buka banyak peluang untuk kita cari rezeki dalam hidup ni sebenarnya . but depend on us la nak usaha ke taknak . kan pepatah ada mengatakan usaha itu tangga kejayaan . sebenarnya banyak peluang yang ada cuma korang kena pandai berusaha . contohnya jika korang tak dapat sambung ke universiti , korang mungkin dapat tawaran matrik atau sambung ke tingkatan 6 . anyway , takyah fikir pasal kena belajar balik la , buang masa la itu semua la .jika ada usaha dan peluang, cube amik dan usahakannya. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. percayalah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk korang dan diri saibah . tapi yang almost important, kita yakin pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara. tak yakin? ssolat je istikharah , panduan dah ada kat sini :). ingat Allah itu Maha Adil . mungkin Dia tak memberikan kebahagiaan kita sekarang tapi pada masa hadapan. SELAMAT BERJAYA :). lagipun ALLAH MEMAHAMI HAMBANYA WALAUPUN KADANGKALA HAMBANYA SENDIRI MENJAUHKAN DIRI DARIPADANYA. jadi kalau dah berusaha, last last kena pasrah pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik buat kita :).






anyway sekarang saibah sedang sibuk meneliti sesuatu. korang tau pasal m-pop tu eh? ala nak ikut k-pop kononnya tu. ingat nak share about this tapi lain kali jelah ye :) . sekian, assalamualaikum.

No comments: