assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. apa khabar sahabat sahabat sekalian? dan apa khabar iman-iman sahabat sekalian? sudah dimantapkan ataupun belum? kalau belum, muhasabahlah diri sahabat, solatlah istikharah kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Alhamdulillah segala urusan saibah telah dipermudahkan. Ya Allah, terima kasih yang teramat ku ucapkan padaMu. seperti kata ayah saibah: "perjuangan memang susah. namun jika kita berada dalam perjuangan tersebut, InsyaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan dalam hidup kita. Jadi sahabat sahabat sekalian, haruslah memahami apa yang patut diperjuangkan dan cubalah memperjuangkan ia jika ia baik untuk agama islam. InsyaAllah.
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
erm, best kan lagu rapuh tu? sesungguhnya saibah suka lagunya yang beralunan lembut dan sesuai dengan jiwa saibah sekarang. Kadang ku rapuh dalam dada, terpesong dari mencintaiMU sepenuh hati namun dalam dadaku mengharapkan agar Kau menjadi cinta pertama dan terakhirku . InsyaAllah. Kengkadang manusia tak pernah lekang dari melakukan kesilapan. saibah pun kengkadang macam tu. kengkadang kita menyedari kesilapan tersebut, kengkadang tidak. Namun seharusnya kita senantiasa bertaubat kepada Allah. yelah, takut takut diri kita ini lalai daripada tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA kepada kita. sedangkan Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang manusia yang mulia di sisi Allah senantiasa solat 2/3 malam memohon keampunan Allah. inikan pula kita hamba yang lemah yang mungkin dipandang hina oleh Allah. mungkin ada sahabat sahabat yang tidak pernah solat 2/3 malam. saibah syorkan sangat solat 2/3 malam ni sebab kita bila solat 2/3 malam ni bertambah khusyuk dan akan merasa tenang pabila solat 2/3 malam. namun mungkin bukan hanya solat 2/3 malam , kite jarang lakukan malah solat fardhu lima waktu pun kita tertinggal. nauzubillahiminzalik . moga moga kita tidak tergolong dalam golongan sebegitu rupa. amin. semoga sahabat sahabat terus muhasabah diri agar tidak terus rapuh dalam perjuangan melawan kehidupan yang penuh onak duri. jagalah solat sahabat sahabat kerana solat itu tiang agama. tanpa tiang agama yang kukuh, maka binaannya juga sedikit demi sedikit akan rapuh.
semoga apa yang dituliskan ini menjadi sedikit input untuk sahabat sahabat . sekian, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment