assalamualaikum sahabat sekalian . sudah lama sangat saibah tidak update blog . maklumlah , jarang update kerana sibuk (online facebook takpe pula saibah) . ok , sekarang ni saibah dah rasa macam down nak jadi seorang perempuan yang sejati . ok , jangan gelak =.=" . maksud saibah mahu menjadi seorang muslimah yang sejati . i mean , ye la sume orang boleh mengaku seseorang muslimah sejati dengam tafsir luaran sahaja (tudung yang labuh) tapi ramai mana yang tafsir seseorang melalui perbuatan atau tingkahlaku more than rupa paras atau fizikal ? sangat tipikal ok . entah , even saibah sendiri boleh mengaku saibah muslimah sejati . sememangnya saibah dididik oleh keluarga sejak muda kena pakai tudung yang menepati syara' . tapi kalau ikutkan perangai saibah , sangat jauh dari akhlak seorang muslimah =.=" . saibah dah tak tahu macammana nak ubah diri ini . jadi setelah selongkar punya selongkar laptop ni , terjumpa jugak saibah dengan salah satu entry blog (tak ingat) . saibah sahaja nak sharekan kat sini mana tau lepas ni ramai dah perempuan berazam nak jadi muslimah .ok , stop saibah . dakwah orang bukan senang . just biarkan diaorang baca . hidayah itu Allah yang tentukan bukan manusia .
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah merana. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah redha-Nya, pasti akan ku tempuhi. Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu dunia kerana aku punya Dia!
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan bila mahu bertemu kekasihnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan luimba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti. Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan nanah yang semakin bernanah pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan lain sibuk berbalas mesej-mesej cinta. Aku mengatakan itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu fardu ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku terokai. Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan ‘dia’ telah ditakdirkan buatku.Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Yang dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.
Kenapa aku tidak mahu semua ini? kerana aku inginkan syurgaNya .
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
(An-Nisa', 4 : 13)
erm , sudah abis baca ? kalau dah abis baca , mari lah sama sama kita renungkan . dalam kehidupan seharian , apakah ada perkara perkara yang telah kita lakukan telah melanggari batas batas agama ? jikalau ya , marilah kita sama beristighfar dan bertaubat kepadaNya . jika belum , ayuhlah sama sama kita memohon kepadaNya agar terus dijauhkan dari perbuatan sedemikian . semoga Allah mendengar rintihan hambaNya yang lemah ini. Sekian , assalamualaikum.p/s : entry ini ditulis tergesa-gesa kerana saibah dalam perjalanan mahu ke Kuala Lumpur . doakan perjalanan saibah baik baik sahaja ya ! (^_^)
No comments:
Post a Comment