Salam sahabat ;) . saibah tak nak tulis banyak-banyak . nah , ambil doa jodoh ini . bacalah bila perlu ;). kalau hari-hari pun boleh ;) . saibah terjumpa doa ini ketika mengemas bilik. Tapi sayang doa ini hanya ada dalam bahasa melayu dan bukan bahasa arab. Doa ini sesuai diguna pakai ketika anda masih bujang, hehehe :D. Lebih baik jika ketika hati anda masih belum mencintai dan meminati seseorang. maka pengharapan itu hanya bergantung kepada Allah, serahkan padaNYA, Dia Maha Mengetahui segalanya.
Doa Jodoh
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah,
Sekiranya Engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang Tercinta,
Gantilah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku,
Pasrahkan aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku kerana,
Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian di dunia mahupun di akhirat.
Jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurnialah aku seorang pasangan yang beriman suatu hari nanti.
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin ya Rabbal Alamin.

ringkas jea ? sebab memang saibah nak ringkas pun. nak masuk sem 2 dah. cepat je masa berlalu kan ? doakan semoga saibah berjaya sem 2 ye ! :)
No comments:
Post a Comment