Assalamualaikum :) . wase lama doh dop naip dalam blog ni .oppss ! maaf maaf, tercakap teranung pulok. hehehe, lama sudah rasanya tak update blog. nak kata sibuk boleh la juga :). entahlah, kawan kawan semua duk puji blog tu blog ni. contoh: "weh, aku suka gile baca blog pempuan ni. doh lah comey, kelako pulak tu. update pulok pasal isu isu bercinta. ni yang wat syok aku baca ni.". saibah masa dengar tu rasa macam pergh ! blog aku ni bukan blog macam tu. ada ke orang nak baca ? tapi sekarang saibah letak tepi isu tu. sebab sekarang banyak sangat isu isu yang saibah nak letak dalam entry ni.(banyok la sangat ^.^)
semak molek gambor ni. nok jugok wase :)
amik sini : http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
amik sini : http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
first of all, pasal ustaz azhar. well, sape tak kenal dia kan. ustaz muda atau ulama muda yang mampu tarik orang muda dengar ceramah. even kadang dalam ceramah dia ada perkataan yang tidak enak didengar tapi tu sebenarnya bahasa kiasan terengganu. macam la kome sume tak tahu, orang terengganu atau teranu ni kasar kasar bahasanya. ada orang boleh terima, ada orang takleh terima. tapi apaapapun, bahasa yang dituturkan oleh ustaz memang pior bahasa teranu. tapi memang dahsyat la orang muda boleh minat ceramoh dia. kalau tidak sebelum sebelum ni memang orang muda kadang kurang minat dengan ceramah ceramah agama ni. Alhamdulillah, semenjak ustaz azhar muncul ni, ramai juga minat dengar ceramah agama. nak nak bila dia bergabung dengan zizan dalam talkshaw baru baru ni sempena tahun baru dekat dataran merdeka shah alam. dapat kita lihat kat situ bahawa orang muda minat lagi kat agama sebenornya. alhamdulillah :).
time countdown tahun baru ustaz azhar dengan zizan
terima kasih 70,000 anak muda ^.^
terima kasih 70,000 anak muda ^.^
tapi sayang seribu kali sayang, tarikan dia mampu menggoyahkan orang lain. kerana dia sibuk memperjuangkan agama melalui parti pembangkang, maka parti satu lagi sibuk buat fitnah nak jatuhkan ustaz azhar. dan yang terbaru blog ini cuba mendedahkan cerita ustaz azhar. klik sini. sejauh mana kebenarannya saibah pun tak tahu. tapi satu je pesanan saibah buat ustaz azhar dan orang yang duk sibuk berjuang demi menegakkan islam tercinta di muka bumi Malaysia(ada pesanan jugok tu ^.^). ni pesanannya:
Perjuangan itu menuntut kita bekerja dengan lebih kuat. Bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana dunia. Kita berjuang untuk mendapat syurga Allah, InsyaAllah. Justeru itu jangan takut dan gentar.. Musuh akan lakukan apa jua cara untuk jatuhkan perjuangan kita. Perjuangan ini adakalanya senang adakalanya susah. Senang ketika mana Allah membantu kita dengan menjadikan perjuangan kita disenangi orang ramai. Susah ketika mana Allah menguji kita dengan pelbagai cara yang kadangkala membuatkan kita berputus asa dalam perjuangan. Namun begitu, jangan cuba berhenti berjuang. Kerana berjuang itu sememangnya dituntut dalam Islam. Rasulullah sendiri berjuang menegakkan Islam di tanah Arab sana. Kalau Allah memudahkan perjuangan Rasulullah, Rasulullah tidak memerlukan berbelas belas tahun hanya untuk tegakkan agama Allah. namun Allah telah berjanji bahawa orang orang yang berjuang kerana agama Islam bakal ditempatkan di syurga. maka jadikan kisah perjuangan Rasulullah menegakkan agama Islam sebagai pembangkit semangat kita berjuang. Usah pedulikan orang lain andai perjuangan kita diterima orang ramai. Kerana sesungguhnya orang itu tidak mempunyai perjuangan yang jitu seperti kita :).
erm, selesai sudah tulis pasal ustaz azhar. sekarang sibuk nak tulis pasal adam adli. well, saibah anggap dia ni memang berani. bukan sebab apa, dia memang bersungguh sungguh berjuang apa yang dia juangkan itu. memang saibah akui saibah pun tak tahu apa matlamat dia yang jelas buat itu ini tapi saibah yakin dia buat semua itu bersebab. mungkin dia tidak fikir masa sekarang tapi masa akan datang. ye la, nak harapkan kita berjuang demi masa depan ? hem, jawabnya memang tak la kan. kebanyakan budak budak sekarag sibuk fikir pasal diri masing masing je. habis belajar, kerja. lepas kerja, kahwin. tu je matlamat hidup. tiada dah nak fikir pasal masa depan bangsa bangsa diaorang agama diaorang. saibah tahu memang susah nak berjuang tapi jika kita ada matlamat yang jelas, perjuangkanlah ia. kadang kadang ada pihak duk sibuk bercakap tapi berjuang pun tidak. ini yang kita tak mahu. kita mahu bercakap dan berani berjuang. itu yang betul.
lagipun orang duk kata Adam Adli ni sibuk berjuang, pelajaran entah ke mana. sebenarnya saibah rasa macam regret tau sebab sesetengah orang duk sibuk kejar dekan time belajar. well, memang saibah akui pointer tu penting tapi apa la sangat pada pointer tu kalau tinggi tapi masuk sem baru, pelajaran sem lama pun dah tak ingat. memang sistem pendidikan macam tu ke ? dari sekolah rendah sampai universiti mengamalkan keputusan markah pointer tu yang dianggap penting. sampaian ada kes suatu ketika dulu seorang budak membunuh diri gara gara tak dapat keputusan yang diidamkan. dunia oh dunia. dapat banyak A sikit dah cakap budak pandai. dapat sikit A dah cakap budak bodoh. tapi bila tengok balik, itu namanya pelajaran bukan ilmu. ilmu ni bukan hanya ketika kita menerima dia tapi ketika kita mempraktikkan atau mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. tapi saibah regret sikit dengan sistem pendidikan di Malaysia ni. terlalu mementingkan kuantiti dari kualiti. banyak A dalam SPM tapi tak mempraktikkan apa yang diajar dahulu. makanya sekarng orang mempertikaikan Nur Amalina Che Bakri. tapi yang tu saibah malas nak ulas, cari la sumber lain, hehehe :). tapi manusia memang macam tu. bila kita di atas sibuk duk puji, bila kita di bawah sibuk dikeji. kita buat sesuatu bukan kerana apa, semua ni bakal kita bawa ke akhirat. kalau bekalan tak cukup, memang susah sikit. so kita fahami erti berjuang dan cuba berjuang. lagipun kata ayah saibah : BERJUANG ITU MENUNTUT KITA 2 ATAU 3 PERKARA. SATU, HARTA. DUA, DIRI KITA. TIGA, ILMU YNG KITA ADA. jadi antara ketiga tiga ini, jika kita berjuang dan mempraktikan ketiga ini untuk orang ramai insyaAllah, dengan niat yang ikhlas, tuhan bagi kita kekuatan untuk berjuang.
“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”
As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala.
sekian, assalamualaikum.
2 comments:
esok2 ko pon buat lah mcm adli.. pointer ntah ke mana, politik je lebih... pointer tak penting kan??? ko bayang kan anak ko mcm tu... ko gembira?? ko bangga??? perjuangan mcm tu yg ko mahu??
first of all, terima kasih la sudi komen blog tak seberapa ni :). yang kedua, insyaAllah saya akan ikut jejak adam adli, mungkin bukan dari segi berdemonstrasi tapi pilihan raya :). pointer ? haha :D. saya tetapkan lulus je. saya taknak dekan sebab saya nak lulus! nak belajar lebih mendalam! tu je target saya. meanwhile untuk pengetahuan awak, keluarga saya sumenye politik. ada keluarga saya dapat jadi ahli politik even dia bukan lulusan universiti. sebab apa ? sebab ilmu tanpa amal tak bagus jugak bro. ada ilmu tapi amal itu yang bagus bro! aku tak suka nak cakap lebih. aku tahu kau anti adam adli. aku sokong perjuangan dia if dye fikir masa depan orang ramai. kalau aku ada anak pun , aku nak anak aku ikut macam adam adli, lagi aku bangga. daripada sibuk duk kejar duniawi, baik dia perjuangkan agama dia, perjuangkan kepentingan orang ramai, insyaAllah dapat pahala boleh tambah bekalan kat akhirat :). perjuangan bro bukan untuk kesenangan dunia je tapi kat akhirat jugak :)
Post a Comment