Monday, May 2, 2011

solat istikharah



assalamualaikum , apa khabar sahabat sahabat sekalian ? dan apa khabar iman sahabat sahabat semua ? saibah ? macam biasa , hidup ni penuh cabaran dan rintangan dan dugaan yang kita tak sanggup nak lalui kan ? tapi nak wat macammana ? kita ni sebagai insan biasa , hamba Allah harus tetap tabah dalam mengharungi onak dan ranjau duri kehidupan . kadang kadang terpaksa buat pilihan hidup untuk memilih apa yang terbaik buat kita . and sekarang saibah cuba amalkan solat istikharah . mungkin bila ada pembaca membaca entry ni tertanya tanya . ' hah , saibah buat solat istikharah sebab jodoh ke ?' . hehe :) ramai yang tak paham tentang solat istikharah ni . ramai yang beranggapan solat istikharah ni sekadar buat pilihan dalam menentukan jodoh kite sume sume itu . nak buat camne ? masa sekolah dulu , ustaz meberi penekanan bahawa istikharah hanya dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja . sebenarnya solat istikharah boleh saja dilakukan ketika pembaca tersepit untuk memilih antara dua masalah . pastinya pembaca inginkan yang terbaik kan ? jadi solat istikharah amat disarankan oleh Rasulullah S.A.W .

Mahfum hadis : Dari Jabir RA , ia berkata : "Nabi pernah mengajarkan kepada kami istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu mengkehendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat dan berdoa:


"Ya Allah, aku mohon pilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui sesuatu yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya."

sungguhpun begitu , ketika korang sedang solat istikharah , korang tetap perlu istiqamah dan berterusan . sebagaimana contohnya , kalau korang ingin melakukan solat istikharah , pada solat pertama , korang masih ragu ragu, cuba buat solat untuk kali kedua . kalau masih kabur kabur atau ragu ragu , buatlah solat kali ketiga . InsyaAllah , sedikit demi sedikit korang akan dapat apa yang korang rasa terbaik untuk diri korang . kalau korang masih ragu ragu korang kena perbuat solat ini setiap hari agar korang sangat berpuas hati dengan pilihan korang. ok cara cara solat istikharah ni sangat senang :) .



first: korang kena pilih waktu yang sesuai untuk solat istikarah ni . saibah syorkan korang solat ni pada malam 2/3 malam . seelok-eloknya pukul 2 atau 3 pagi . masa tu korg akan berasa tenang dan selesa untuk melakukan solat istikharah ni . namun begitu , korang juga still boleh solat istikharah ni pada waktu yang diharuskan solat contohnya selepas solat maghrib.

second: niat solat istikharah


Sengaja aku mengerjakan solat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

third: Ketika melakukan solat istikharah , pada rakaat pertama , korang disyorkan membaca surah Al Kafirun selepas bacaan surah Al Fatihah . namun begitu korang boleh jugak baca surah yang korang rasaa mampu nak baca . then rakaat kedua, korang disyorkan membaca surah Al Ikhlas slps bacaan surah Al Fatihah tpi korang jugak leh baca surah lain

last: after korg habis solat , disyorkan membaca doa ini


“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”



now korang dah faham ? more information click here ! sesungguhnya saibah sedang dalam usaha buat solat istikharah. hasilnya belum ditemui dan dijumpai namun kadang kadang pengalaman tu yang penting dan best. solat ni pun disyorkan untuk budak budak batch SPM 2010 yang dapat terlalu banyak tawaran sampai tak tahu nbak sambung belajar kat mana XP . ok la , sekian sahaja dari saibah kat sini :) . assalamualaikum .

4 comments:

FatimahARR said...

Saibah ade dpt mana2?

FatimahARR said...

Saibah ade dpt mana2?

FatimahARR said...

Saibah ade dpt mana2?

saibah said...

to fatimah arr :

byk tol komen tu , hehe :)

dpt mana ? stkt ni dpt mesir and form 6 :)