Friday, September 16, 2011

hakikat sebuah perjuangan



assalamualaikum. erm, sudah terlalu lama saibah tidak mengupdate blog ini kan? Alhamdulillah, kita masih lagi berada dalam bulan Syawal, masih sempat untuk saibah ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat pembaca semua ;). Sungguh saibah terlalu sibuk dengan urusan-urusan dunia yang tidak berkesudahan ni. Biasalah perjuangan dalam hidup tetap diteruskan walupun pelbagai rintangan harus dilalui. Perjuangan itu memang pahit. Kerana apa? sebab syurga itu manis. Acapkali saibah mendengar perkataan ini. Perjuangan memang memerlukan beribu-ribu atau berjuta-juta usaha untuk kita perolehi kebahagiaan. Seperti contoh , kita pastinya berusaha dengan bersungguh2-sungguh untuk dapatkan result yg terbaik dalam SPM . Lantas apakah masa itu akan ada perasaan sedih , kecewa , putus asa dan pelbagai perasaan yang bercampur baur tatkala kita belajar untuk mendapat kecemerlangan dalam SPM ? Itulah yang dinamakan perjuangan .

Sesungguhnya , manusia tidak pernah terlepas dari diuji dalam kehidupan ini . Kegagalan merupakan salah satu ujian dan cabaran yang menduga kekuatan hati seseorang. Sekaligus ia menguji kecekalan semangatnya, iaitu sama ada dia mengambil keputusan untuk berputus asa begitu sahaja atau dia nekad meneruskan perjuangannya.

Ada tak pembaca pernah membaca petikan sajak yang terungkap dalam novel TAUTAN HATI karya FATIMAH SYARHA yang kalau kita sama-sama dalami amat mendalam maksudnya ;) .


TEMANKU ,
Kau tidak bodoh seandainya gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian yang dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisiNYA,
Jika kau redha,sabar dan terus berusaha.
TAPI
Kau sememangnya bodoh jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dariNYA,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau siakan amanah yang berharga.





Dalam meniti perjuangan suci, ujian dan tribulasi seringkali mengekori langkah. Jangan kita berasa goyah dengan setiap ujian yang menimpa kita. Kerana ujian itu merupakan tanda kifarah dosa dan sebagai tanda kasih serta rahmat Allah daripada Allah buat kita sebagai hambaNYA.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
(Surah al-Ankabut. ayat 2-3)

Teguhkan hati dan kuatkan kesabaran didalam sanubari walaupun beribu rintangan mendatang dalam perjuangan ini. Ketahuilah apabila kita bersabar dan sentiasa meneguhkan kesabaran kita, maka akan timbul kekuatan dalam diri ini dan kita akan turut memperoleh pahala. Namun apabila kita senantiasa berkeluh kesah, maka akan timbullah kelemahan dalam diri ini.

Ayuh sahabat ! Perjuangan ini perlu diteruskan kerana perjuangan kita terlalu jauh dan memakan masa yang sangat panjang. Entah di mana pengakhirannya. Bukan itu sahaja, dugaan dan tribulasi yang bakal dihadapi juga akan datang secara silih berganti. Ia hanya dapat dicantas dengan keimanan yang kukuh di samping semangat yang tinggi. Ingatlah ! perjuangan yang berpaksikan semangat semata-mata tanpa disertai keimanan dalam jiwa akan gagal menepati jalan yang sewajarnya.



1 comment:

wardatul jannah said...

Selamat berjuang sahabatku..