Wednesday, January 4, 2012

betulkan niat, jangan pernah takut untuk GAGAL



*maaf la kalu dalam entry ni bahasa kesat sket, kita kang teranung tulen. dopleh nok sangkal la kang, wakaka <--------- nok tiru gaye ustaz azhar tulis dalam fb dia :)

assalamualaikum, yehaa. mentang mentang duk umah cuti ni, nok update memanjang. hahaha :D selagi boleh update, aku update la. hahaha :D oh, pasal update kelmarin, aku sengaja update. baru nak panaskan badan bro. tunggu umur 21 baru boleh lebih bro. hahaha :D aku tak kesah la orang nak baca dop, aku just update sebab ianya ikut pandangan aku je. ye la, aku punya pandangan takde orang nak tengok. so dakyoh risau, hahaha :D. aku tahu kebanyakan remaja sekarang kurang suka dengan politik. mereka lebih suka cari agama. ye ndak ye ndak ? bagus la. berjuang kerana agama lagi hebat der :). maklumlah darah aku memang darah keturunan orang orang politik. so takleh sangkal kalau kata aku memang minat gila dengan politik (walaupun kadang muntah darah hijau >.<'). hahaha :D impian sebenar aku memang nak amik sains politik tapi disebabkan kurangnya kos ni dan kesalahan aku isi upu dulu sebab pilihan aku dari 1 sampai 8 tempatnya universiti yang hebat hebat dan kosnya semua undang undang takpun syariah. yeah, kalau aku tengok balik macam menyesal gila babun amik kos undang undang semua tu kan sebab ingat ada berkaitan dengan politik tapi takpun kan. takpelah aku teruskan walaupun dengan hati yang terpaksa. pfft >.<' betulkan niat betulkan niat. nak dapat ilmu sebab nak praktikkan. ngeh :)

anyway, even aku rasa macam belajar undang undang ni macam sesuatu yang sukar untuk aku hadam tapi aku dapat keseronokan. sebab aku nampak keadilan bila belajar undang undang. justice for the right people. even orang kata "nanti kau dah grade, jadi peguam". whoah, yang tu aku tak tahan nak tergelak! entah, sebenarnya aku tak nampak dengan betul lagi masa depan aku. aku tak tahu nak jadi peguam sebab aku takut tak terlaksana. ye lah kata orang ikut gerak hati. aku dah puaskan hati aku kata belajar undang undang ni 2 tahun lagi then amik la degree sains politik. pelik kan? belajar undang undang then sambung belajar politik. between both of them takde connection pun kan. pedulikan ayat aku yang macam harem tu >.<'. haish, sambung belajar susah. tak sambung belajar pun susah. tapi takpe, bak kata orang "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian.". hahaha :D yang penting betulkan niat. nasib baiklah senior ada juga yang amik undang undang. kalau tak naya aku XD, ditambah dengan kawan kawan yang tak berapa ramai amik bidang undang-undang ni, susah juga tapi kiteorang still berhubung dan bagi semangat antara satu sama lain. haish, tetibe rindu dengan diaorang semua la :(.

erm, cakap pasal pointer semua semua tu kan. aku dah masuk sem 2. alhamdulillah sem 1 haritu pointer aku boleh la cukup cukup makan. pahtu kang rasa regret r dop belajor molek molek eh. tapi bile pikir molek, nok kejor pointer je ke aku ni ? seriously, ayoh aku dop pernoh tanye berapa pointer gitu gitu gini. dia kabo niat belajor molek dan satu je, kalau boleh baca al quran selalu sebab belajar undang undang ni pemikiran kena ligat, kalau dop kuat ingatan, susoh. ni yang aku wase takut belajar undang undang. takut jadi riak takbur segala macam la. kalau jumpa orang ramai, pertama, dia akan tanya belajar kat mana? kalau aku beritahu je kat dia konon aku belajar kat universiti harvard. kedua, dia akan tanya kos apa? kalau aku jawab kos undang undang. terus dia akan macam wase gediks sket britau belajar undang undang tu orang hebat je boleh belajar. nok je aku jawab, dop eh, orang gila boleh belajar gop undang undang. hahaha :D tapi mustahil nok jawab gitu takut kena hempuk 50 kali, muahahaha :D. tapi tengok bila kita sebut je kos yang hebat hebat terus orang kabo kita hebat. padahal dop hebat pung, berlagok je lebih. hok ni takut sangat ni. takut ilmu kita belajor dop berkat, sibuk duk bangga dengan diri. sebab tu aku tetap doh niat aku belajar sebab nak dalami benda ni dan cuba kaitkan dengan masalah melanda rakyat dan negara ini. tengok tengok. susoh lalu main dengan orang pemikiran politik eh, hahaha :D. pastu yang kedua takmo pointer tinggi tinggi sebab takut jadi riak. biasa permasalahan gini aku tengok sokmo berlaku dalam situasi aku belajor dari sekolah menengoh sampai sekarang. kalau kita pointer tinggi, markah kita tinggi, sibuk r orang tanya soalan gini jawab gane, soalan gane jawab gini. hok ni aku dok suka. sebab aku takut aku kang riak takbur doh bagi pulok jawapan hok saloh. ye la, nok cover moganya kita ni hebak dok oh doh. mula la jadi ajaran sesat. padahal kawan kawan lain ada hok yang cerdik lagi. pointer markah dop tinggi sebab ye dop riak takbur takmo nunjuk. hahaha :D sebab tu, hidup kena saling bergantung. ni dok, puok cerdik dengan orang cerdik je. puok hok bodo dengan orang bodo je. hok ni saloh benornye. dop jadi belajor gitu. kedekut ilmu, susoh nok berkat kadang. hahaha :D dop leh gop kite kabo yang orang hok bodo gagal pointer dopleh jadi orang hebat hebat. dopleh dopleh. banyok orang kite tengok bodo nok mampus tapi sebab kuat usaha, dia mampu lakukan sesuatu yang mana bagi manfaat kepada orang ramai. hok tu lagi hebak sebab satu dia belajor dari kesilapan dan yang kedua dia bagi manfaat bagi orang lain. apa guna pointer keputusan peperiksaan tinggi tapi duk sibuk kejor pangkat harta kat dunia. hok ni, pahala sebab berjasa pada orang memang dop penuh r kang :).



salah satu mungkin kata kata hok aku suke. tengok tengok. sedangkan Bill Gates hok jutawan kaya raya, berbakti untuk orang ramai boleh gagal masa belajor dulu tapi sekarang jadi ketua pada anok buoh dia yang mana anok buoh dia ni hok dulunya kawan dia yang lebih hebat dan berjaya dari dia kat universiti dulu. mende ni membuktikan belajor setara mana pun tapi gagal dop membuktikan anda dopleh berjaya. melainkan anda memang takdop usaha nok berubah. hok tu memang dopleh nok kata mende la. tapi anda janganlah takut untuk gagal sebab tu membuktikan anda ada usaha untuk bangkit. takkan la anda selama-lamanya akan berjaya ye ndak? ada kalanya tuhan nok uji anda, usaha setara mana tapi gagal jugok. ada la tu usaha anda hok tuhan dok berkenan. makanya usaha tu selain disertai dengan tawakal, harus disertai dengan niat yang jelas, insyaAllah tuhan perkenan. hahaha :D tapi kalau anda yakin anda boleh berjaya, tunjukkanlah ia tapi jangan sampai jadi najis, hahaha :D. dop lah maknanya kalau anda wase boleh mengekalkan pointer yang tinggi tinggi, boleh je tapi yang pasti tolong la orang hok bodo bodo supaya dapat manfaat bersama. dalam erti kata lain jangan kedekut ilmu neh :)."Hiduplah sperti lilin yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk duri dan menyakiti orang lain.".

bak nyanyian taecyeon dalam dream high (mentang2 mimpi ke dia malam maren :P)




DREAM HIGH



Dream high a chance to fly high
Now bye bye to all that hurts
Try flying high like the stars in the sky
Your dream will unfold
Starting from now
Don't be afraid of the future made by your hands
Now walk totally confident



sekian sahja la kat sini, aku wase macam aku tulis bahse rojok. dakpe lah dop paham, buat buat la faham ye. hahahaha, assalamualaikum :).

Tuesday, January 3, 2012

perjuangan oh perjuangan



Assalamualaikum :) . wase lama doh dop naip dalam blog ni .oppss ! maaf maaf, tercakap teranung pulok. hehehe, lama sudah rasanya tak update blog. nak kata sibuk boleh la juga :). entahlah, kawan kawan semua duk puji blog tu blog ni. contoh: "weh, aku suka gile baca blog pempuan ni. doh lah comey, kelako pulak tu. update pulok pasal isu isu bercinta. ni yang wat syok aku baca ni.". saibah masa dengar tu rasa macam pergh ! blog aku ni bukan blog macam tu. ada ke orang nak baca ? tapi sekarang saibah letak tepi isu tu. sebab sekarang banyak sangat isu isu yang saibah nak letak dalam entry ni.(banyok la sangat ^.^)



semak molek gambor ni. nok jugok wase :)
amik sini : http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

first of all, pasal ustaz azhar. well, sape tak kenal dia kan. ustaz muda atau ulama muda yang mampu tarik orang muda dengar ceramah. even kadang dalam ceramah dia ada perkataan yang tidak enak didengar tapi tu sebenarnya bahasa kiasan terengganu. macam la kome sume tak tahu, orang terengganu atau teranu ni kasar kasar bahasanya. ada orang boleh terima, ada orang takleh terima. tapi apaapapun, bahasa yang dituturkan oleh ustaz memang pior bahasa teranu. tapi memang dahsyat la orang muda boleh minat ceramoh dia. kalau tidak sebelum sebelum ni memang orang muda kadang kurang minat dengan ceramah ceramah agama ni. Alhamdulillah, semenjak ustaz azhar muncul ni, ramai juga minat dengar ceramah agama. nak nak bila dia bergabung dengan zizan dalam talkshaw baru baru ni sempena tahun baru dekat dataran merdeka shah alam. dapat kita lihat kat situ bahawa orang muda minat lagi kat agama sebenornya. alhamdulillah :).



time countdown tahun baru ustaz azhar dengan zizan
terima kasih 70,000 anak muda ^.^

tapi sayang seribu kali sayang, tarikan dia mampu menggoyahkan orang lain. kerana dia sibuk memperjuangkan agama melalui parti pembangkang, maka parti satu lagi sibuk buat fitnah nak jatuhkan ustaz azhar. dan yang terbaru blog ini cuba mendedahkan cerita ustaz azhar. klik sini. sejauh mana kebenarannya saibah pun tak tahu. tapi satu je pesanan saibah buat ustaz azhar dan orang yang duk sibuk berjuang demi menegakkan islam tercinta di muka bumi Malaysia(ada pesanan jugok tu ^.^). ni pesanannya:

Perjuangan itu menuntut kita bekerja dengan lebih kuat. Bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana dunia. Kita berjuang untuk mendapat syurga Allah, InsyaAllah. Justeru itu jangan takut dan gentar.. Musuh akan lakukan apa jua cara untuk jatuhkan perjuangan kita. Perjuangan ini adakalanya senang adakalanya susah. Senang ketika mana Allah membantu kita dengan menjadikan perjuangan kita disenangi orang ramai. Susah ketika mana Allah menguji kita dengan pelbagai cara yang kadangkala membuatkan kita berputus asa dalam perjuangan. Namun begitu, jangan cuba berhenti berjuang. Kerana berjuang itu sememangnya dituntut dalam Islam. Rasulullah sendiri berjuang menegakkan Islam di tanah Arab sana. Kalau Allah memudahkan perjuangan Rasulullah, Rasulullah tidak memerlukan berbelas belas tahun hanya untuk tegakkan agama Allah. namun Allah telah berjanji bahawa orang orang yang berjuang kerana agama Islam bakal ditempatkan di syurga. maka jadikan kisah perjuangan Rasulullah menegakkan agama Islam sebagai pembangkit semangat kita berjuang. Usah pedulikan orang lain andai perjuangan kita diterima orang ramai. Kerana sesungguhnya orang itu tidak mempunyai perjuangan yang jitu seperti kita :).

erm, selesai sudah tulis pasal ustaz azhar. sekarang sibuk nak tulis pasal adam adli. well, saibah anggap dia ni memang berani. bukan sebab apa, dia memang bersungguh sungguh berjuang apa yang dia juangkan itu. memang saibah akui saibah pun tak tahu apa matlamat dia yang jelas buat itu ini tapi saibah yakin dia buat semua itu bersebab. mungkin dia tidak fikir masa sekarang tapi masa akan datang. ye la, nak harapkan kita berjuang demi masa depan ? hem, jawabnya memang tak la kan. kebanyakan budak budak sekarag sibuk fikir pasal diri masing masing je. habis belajar, kerja. lepas kerja, kahwin. tu je matlamat hidup. tiada dah nak fikir pasal masa depan bangsa bangsa diaorang agama diaorang. saibah tahu memang susah nak berjuang tapi jika kita ada matlamat yang jelas, perjuangkanlah ia. kadang kadang ada pihak duk sibuk bercakap tapi berjuang pun tidak. ini yang kita tak mahu. kita mahu bercakap dan berani berjuang. itu yang betul.




lagipun orang duk kata Adam Adli ni sibuk berjuang, pelajaran entah ke mana. sebenarnya saibah rasa macam regret tau sebab sesetengah orang duk sibuk kejar dekan time belajar. well, memang saibah akui pointer tu penting tapi apa la sangat pada pointer tu kalau tinggi tapi masuk sem baru, pelajaran sem lama pun dah tak ingat. memang sistem pendidikan macam tu ke ? dari sekolah rendah sampai universiti mengamalkan keputusan markah pointer tu yang dianggap penting. sampaian ada kes suatu ketika dulu seorang budak membunuh diri gara gara tak dapat keputusan yang diidamkan. dunia oh dunia. dapat banyak A sikit dah cakap budak pandai. dapat sikit A dah cakap budak bodoh. tapi bila tengok balik, itu namanya pelajaran bukan ilmu. ilmu ni bukan hanya ketika kita menerima dia tapi ketika kita mempraktikkan atau mengamalkan dalam kehidupan seharian kita. tapi saibah regret sikit dengan sistem pendidikan di Malaysia ni. terlalu mementingkan kuantiti dari kualiti. banyak A dalam SPM tapi tak mempraktikkan apa yang diajar dahulu. makanya sekarng orang mempertikaikan Nur Amalina Che Bakri. tapi yang tu saibah malas nak ulas, cari la sumber lain, hehehe :). tapi manusia memang macam tu. bila kita di atas sibuk duk puji, bila kita di bawah sibuk dikeji. kita buat sesuatu bukan kerana apa, semua ni bakal kita bawa ke akhirat. kalau bekalan tak cukup, memang susah sikit. so kita fahami erti berjuang dan cuba berjuang. lagipun kata ayah saibah : BERJUANG ITU MENUNTUT KITA 2 ATAU 3 PERKARA. SATU, HARTA. DUA, DIRI KITA. TIGA, ILMU YNG KITA ADA. jadi antara ketiga tiga ini, jika kita berjuang dan mempraktikan ketiga ini untuk orang ramai insyaAllah, dengan niat yang ikhlas, tuhan bagi kita kekuatan untuk berjuang.

“Pencinta dunia menangis

kerana dunia yang hilang.

Perindu akhirat menangis

kerana dunia yang datang.


Dari mata yang mengintai

setiap kemewahan yang mulus

penuh rakus, mengalirlah

air mata kecewa kegagalan.


Dari mata yang redup

merenung Hari Akhirat

yang dirasakan dekat,

mengalirkan air mata insaf mengharap..”


“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak

di atas bumi kamu”

As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala.



sekian, assalamualaikum.

Saturday, November 12, 2011

Doa Jodoh



Salam sahabat ;) . saibah tak nak tulis banyak-banyak . nah , ambil doa jodoh ini . bacalah bila perlu ;). kalau hari-hari pun boleh ;) . saibah terjumpa doa ini ketika mengemas bilik. Tapi sayang doa ini hanya ada dalam bahasa melayu dan bukan bahasa arab. Doa ini sesuai diguna pakai ketika anda masih bujang, hehehe :D. Lebih baik jika ketika hati anda masih belum mencintai dan meminati seseorang. maka pengharapan itu hanya bergantung kepada Allah, serahkan padaNYA, Dia Maha Mengetahui segalanya.

Doa Jodoh

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah,
Sekiranya Engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah agar aku bisa bahagia,
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan ya Allah yang Tercinta,
Gantilah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya Tuhanku,
Pasrahkan aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku kerana,
Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini.
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian di dunia mahupun di akhirat.
Jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurnialah aku seorang pasangan yang beriman suatu hari nanti.
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin ya Rabbal Alamin.






ringkas jea ? sebab memang saibah nak ringkas pun. nak masuk sem 2 dah. cepat je masa berlalu kan ? doakan semoga saibah berjaya sem 2 ye ! :)

Tuesday, October 25, 2011

seorang muslimah itu perlukan kekuatan untuk menjadi muslimah sejati



assalamualaikum sahabat sekalian . sudah lama sangat saibah tidak update blog . maklumlah , jarang update kerana sibuk (online facebook takpe pula saibah) . ok , sekarang ni saibah dah rasa macam down nak jadi seorang perempuan yang sejati . ok , jangan gelak =.=" . maksud saibah mahu menjadi seorang muslimah yang sejati . i mean , ye la sume orang boleh mengaku seseorang muslimah sejati dengam tafsir luaran sahaja (tudung yang labuh) tapi ramai mana yang tafsir seseorang melalui perbuatan atau tingkahlaku more than rupa paras atau fizikal ? sangat tipikal ok . entah , even saibah sendiri boleh mengaku saibah muslimah sejati . sememangnya saibah dididik oleh keluarga sejak muda kena pakai tudung yang menepati syara' . tapi kalau ikutkan perangai saibah , sangat jauh dari akhlak seorang muslimah =.=" . saibah dah tak tahu macammana nak ubah diri ini . jadi setelah selongkar punya selongkar laptop ni , terjumpa jugak saibah dengan salah satu entry blog (tak ingat) . saibah sahaja nak sharekan kat sini mana tau lepas ni ramai dah perempuan berazam nak jadi muslimah .ok , stop saibah . dakwah orang bukan senang . just biarkan diaorang baca . hidayah itu Allah yang tentukan bukan manusia .


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah merana. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah redha-Nya, pasti akan ku tempuhi. Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu dunia kerana aku punya Dia!

Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.



Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan bila mahu bertemu kekasihnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan luimba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti. Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan nanah yang semakin bernanah pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk berbalas mesej-mesej cinta. Aku mengatakan itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu fardu ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku terokai. Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan ‘dia’ telah ditakdirkan buatku.Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Yang dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Kenapa aku tidak mahu semua ini? kerana aku inginkan syurgaNya .

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."

(An-Nisa', 4 : 13)

erm , sudah abis baca ? kalau dah abis baca , mari lah sama sama kita renungkan . dalam kehidupan seharian , apakah ada perkara perkara yang telah kita lakukan telah melanggari batas batas agama ? jikalau ya , marilah kita sama beristighfar dan bertaubat kepadaNya . jika belum , ayuhlah sama sama kita memohon kepadaNya agar terus dijauhkan dari perbuatan sedemikian . semoga Allah mendengar rintihan hambaNya yang lemah ini. Sekian , assalamualaikum.

p/s : entry ini ditulis tergesa-gesa kerana saibah dalam perjalanan mahu ke Kuala Lumpur . doakan perjalanan saibah baik baik sahaja ya ! (^_^)